WOWFFLE FOOD INDUSTRY atau dikenali dengan nama Wowffle sahaja yang juga telah di daftarkan trade mark di MyIPO , kepakaran Wowffle adalah menyediakan waffle terbaik di pasaran dan kami juga adalah makanan gaya hidup terkini yang semakin berkembang di Malaysia, berpengkalan di kuala Lumpur bermula dengan kiosk kecil dan kini kami melayani 5 cawangan di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang,
Dimulakan pada awal tahun 2020 didalam era pandemik Covid 19 mula mengancam Malaysia. Berbagai dugaan, kesukaran dan cabaran telah ditempuhi dan diharungi walaupun pada ketika itu ancaman pendemik Covid-19 sangat ekstrem dan mengancam nyawa. Wowffle tetap teguh berdiri, dengan misi yang kami janji untuk sentiasa memberikan pengalaman menikmati waffle yang sebenar yang akan menggembirakan kepada setiap pelanggan.
Dengan slogan "The Best Waffle in Town", kami amat prihatin tentang kualiti setiap waffle yang dihasilkan demi untuk memenuhi kepuasan pelanggan wowffle.kami komited dalam memastikan wowffle akan berkembang dan berdiri megah dan sebaris dengan jenama antarabangsa.
wowffle kini mempunyai lebih 30 jenis pilihan waffle pelbagai perisa seperti coklat, peanut butter, strawberry, blueberry, kaya, butter sehinggalah kombinasi pilihan perisa yang boleh dicampur mengikut kesukaan pelanggan. Perisa premium seperti Nutella, Biscoff, Chocolate Oreo juga mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan kami. Tidak kurang juga gabungan perisa tradisional Kegemaran Malaysia seperti kaya, gula aren dan Serunding Ayam.
Dengan rancangan strategik untuk terus menyebarkan slogan “The Best Waffle in Town" dan dengan inovasi produk Wowffle, kami mahu terus fokus untuk mengembangkan perniagaan ini ke seluruh Malaysia, sehingga ke pasaran Asia.